~:: Perginya Seorang Penglipurlara…::~

July 10th, 2006 by marinisa

Jamal_1

Aku tak tahu bagaimana nak mulakan ini….

Berita aku dapat dari kawan seperjuangan teater(Nohman) pada dinihari (lebih kurang 2 pagi waktu alor setar) tanggal 6 Julai 2006.

"Marini, ko tau tak Jamal eksident?"

"Ya Allah.. tak.. aku tak tau…"

"Ko x nak datang ke tgk dia? Dia koma, tak sedar diri… sekarang dia kat Hospital Seramban"

"Camne aku nak g? aku kat Kedah la.. Wei.. aku betol2 takde duit nak pegi sana ni…..Isk.. camne ni…?"

"Takpelah, aku bagitau ko jer. Kalau ko nak datang, ko bagitau yer.."

Aku sambung tido…

Esoknya aku, aku macam biasa. Ntahlah.. Rasa biasa. Aku tau Jamal nazak.. tapi… ntahlah.. aku macam kurang rasa. Petangnya, setelah menambah sedikit kredit aku mengkabarkan berita itu kepada beberapa teman teater yang lain.

Abang Pharmy mengeluarkan kata-kata yang memberikan sedikit rasa buat aku… Aning bertindak pantas… Mengajak aku untuk ke Tengah Malaysia. Sekali lagi….  Aku banyak kekangan yang menghalang…

Malamnya, aku kuatkan diri membaritahu niat yang satu ini untuk menjenguk sahabat yang pernah bersama berjuang kepada Mama dan Abah. Mama macam tak bagi. Abah pun sama. Kakak-kakak aku macam x puas hati kerana aku merosakkan perancangan majlis barbeque keluarga(meraikan abah & adik aku).

Tetap kuatkan hasrat untuk menjenguk Jamal. Kekangan berjaya kuatasi dengan bantuan dia yang menyayangi aku…

Friday, 7 July, 9.00 a.m. Bertolak ke Kota Kuala dengan sedikit bekalan. Tiba di Kuala Lumpur jam 3.30 petang. Sepanjang perjalanan, tak henti fikiran ini mengimbas kenangan aku dengan JAMAL.

Janji dengan Aning, dan Faiq di Sunway Piramid jam 5 lebih. Dalam menunggu Faiq tiba dari kerja(lebih kurang jam 6ptg). Bung Kancil menelefon mengkabarkan JAMAL TELAH TIADA.

Hancur luluh hati ini…. tak sempat aku jumpa dia.. tak sempat nak mintak maaf diarinya….

Segala memori dengannya tersusun satu demi satu depan mata aku….

Tetap ke Seremban… Dengan Faiq Irfan, Aning dan Abang Pharmy. Aning dan Abang tak henti2 membuat pengkabaran pada rakan-rakan teater. Aku pula mengkabarkan kepada rakan-rakan Sekelas kami(aku dan Jamal)…

Tiba di Seremban, jam telah 8.45 malam. Unit Forensik, Hospital Seremban menjadi saksi pertemuan terakhir kami dengan Jamal…. mendapat tahu cerita sebenar..

"Jamal accident dengan lori. 30 June 2006. Jamal hit the static lori. most probably lori pasir. Jam lebih kurang 6 petang. Comma dalam perjalanan ke hospital Seremban… tepat seminggu 15 minit, Arwah pergi…."

Bau kapur barus menyelinap ke rongga hidung… membuatkan setitis demi setitis air ini mengalir. Sebelum Jamal dimandikan, Kami dipanggil untuk menatap arwah buat kali terakhir…

"Macam dalam tidur saja…. Tiada luka parah kelihatan, kecuali luka post mortem saja….. Mukanya merah, macam tersenyum…. Mudahnya kelihatan jasadnya diuruskan….."

"Macam nampak dia selalu tidur di panggung seni….."

……………………………………………………………………………

Begitulah kisah terakhir aku dengan seseorang yang aku anggap penglipurlara sejati. Dengan Jamal aku tak pernah rasa ketegangan… Arwah sentiasa tenang biarpun aku rasa banyak masalah yang ditanggung.

Kali terakhir aku bersama dengan dia…. mungkin 8 bulan yang lepas… sama-sama menapak dari FTSM ke kolej masing-masing.. Kamilah pelajar UKM yang masih setia menapak kaki yang kudus biarpon teman-teman lain sudah berbangga dengan kenderaan masing-masing….

Memorinya kekal hijau sehingga sekarang…..

RIDUAN MD RIFFIN…. JAMAL…. DATUK BENDAHARA(JEBAT AUTF 2003)….

AL-FATIHAH… Moga rohnya tenang di sana…… Amin..

p/s: Dialah pelajar komputeran industri yang terawal aku kenal.

Bookmark and Share

~::Oklah.. oklah.. ::~

January 1st, 2006 by marinisa

Gitar_fred_2  hmm.. ok.. aku bagi address blog aku yang baru.. iee… Budak As ni..

http://marissa.blogspirit.com

hmm.. masuk..tak masuk kena…

p/s: ianya mengenai diri aku yang sekarang….

Bookmark and Share

~:: SelAMat RayA ::~

October 18th, 2005 by marinisa

Kad_raya_aku2_1  Dam dam dum.. bunyi mercun.. kanak-kanak datang berduyun-duyun.. ahaha.. padan muka sekarang dah x bleh main mercun.. padan muka kat sapa..? kat kita lah..

padan muka jugak kat aku.. banyak btol lah dugaan dalam bulan-bulan posa ni.. adeh.. blog baru aku pon dah ancur… penat lelah aku buat.. sekali.. pong!! meletup.. ilang sumer yang aku dok usahakan.. kena start dari mula balik… adeh..

so.. sempena dah nak raya ni, aku mintak ampun dari ujung bulu rambut hingga ujung bulu kaki.. maafkanlah keterlanjuran bahasa aku sebelum ni.. mintak maaf lah yer….

jemput-jemputlah ke rumah aku kalau korang berkesempatan.. aku cuma di rumah hingga raya ke 5 dan 6 jer.. pastu balik bangi… adeh.. dugaan lagik..

so.. sesapa yang duit banyak.. hati baik banyak.. bleh antar kad raya untuk aku ke alamat ni :

Marini Mat Isa @ Marissa Isabella Laila ( uhuhuhuh)

3020, Taman PKNK,

Jalan Tun Abdul Razak,

05200 Alor Setar,

Kedah Darul Peace…

p/s: aku tak tau nak buat apa dah….. Ya ALLAH kuatkan semangat ku…..

Bookmark and Share

~:: The Last entry… ::~

October 2nd, 2005 by marinisa

18950072 Hmm.. betol. aku tak tipu.. ini last entry aku untuk Blog Kerabu Kerang Kacang Kelisa version Friendster blogs.  Dah lama aku fikir untuk tamatkan blogs friendster.. Aku dalam proses buat blog baru.. aku rasa lebih privacy kot.. :)

Anyway, thanks for all the support.. Aku tak tau berapa ramai yang dok baca luahan merapu aku selama ni.. Buat yang dok baca.. betul-betul aku ucapkan terima kasih tak terhingga..

Darna, Nadia, Mc Na, Viva, Ifa, Undertreatment, Ahmad P, Katak.. Thanks yer kerana pernah drop by untuk baca and leave comment for me.. aku appreciate it! Nanti aku kabarkan pada kalian my new blog address.. aku harap lebih mudah nanti untuk aku menulis..

Kepada sesiapa yang ada juga membaca blogs aku.. such as (Yuzarimi.. yang bgtau aku waktu terserempak di kedai gambar).. thanks!!! Manusia kecil ni.. merapu jer lebih sebenarnyer… kalau nak ikuti lagi ke"merapu"an aku, just msg me through friendster, and i will give u all, my new blog address..

So.. till berjumpak lagi… aku minta maaf jika selama ini tulisan aku mengganggu kehidupan korang.. So, after this tiada lagi message kat email korang yang berbunyi.. "MaRIssA has Updated Her Blog".  Maaf atas ketidakupayaan aku serta gangguan msg itu selama ini…. Peace… Selamat Tinggal Fwen..

p/s: hmm… aku akan merindui blog ini.. dan rasa jiwa yang tumbuh sedikit demi sedikit ketika berbicara di sini… Terima kasih semua kerana sudi berkongsi dunia dengan ku…

Bookmark and Share

~:: Selamat Datang Ramadhan ::~

October 1st, 2005 by marinisa

1islam_ramadhan2  Bulan Ramadhan datang lagi.. 1 Ramadhan 1426 akan tiba dalam 2- 3 hari lagi.. Maka di sini ingin aku ucapkan selamat menyambut bulan kebesaran Islam.. Bulan Ramadhan.. Bulan untuk refresh balik diri.. untuk servis balik mana2 part dalam diri.. most probably part "JIWA"..

Peringatan untuk aku sendiri, banyakkan sabar.. jangan makan melampau-lampau.. selalu-selalukan pergi terawih… bersihkan minda.. banyak baca quran.. kurang pasang lagu-lagu merapu kat winamp tu and pasanglah 30 juzuk ayat-ayat Quran yang dah berabuk dalam folder yang kurang sangatlah dipasang. :P manusia ni senang lalai kan…?

Ramadhan aku tahun ni aku sambut di Bumi Perbukitan Bangi.. tak sempat nak balik Aloq Setaq.. Mama dah bising soh balik.. apakan dayaku..

"x dan nak balik ar Mama.. Thesis dok tengah kritikal ni.. projek plak 2 belum siap.."

"Mama jangan lupa kirimkan Dikni Sambal Udang Ayamas tu.. Bagi 2 botoi pon tak pa.. ehehehe.."

So.. kepada semua, Selamat Sambut Ramadhan.. Aku nanti akan rindukan telur masin and ikan masin yang dimakan time sahur…. Juga tak lupa akan KERABU KERANG KACANG KELISA air tangan Mama.. hmm.. alamatnya lepas raya baru bleh aku makan kerabu tu.. uhuhuh…

p/s: Liatnya nak bangun sahur ….

Bookmark and Share

~:: Kucing aku dah larikan… ::~

September 30th, 2005 by marinisa

Pic_0022_1Pic_0052  3 minggu lepas sekor kucing kaler oren telah menempatkan 4 ekor anak kucing(semuanya oren-oren belaka) kat belakang katil aku.. Aku sangat suka!!..  Makanya untuk 3 minggu aku telah membela 2 ekor ikan laga + sekor ikan gapi (yang 4 ekor lagi dah mati sbb ekornya Dory Tortoqe makan).. + 5 ekor kucing oren..

Aku dah kira.. kalau ada spot check kat bilik aku, mau bangrup aku..( sekor binatang yang dipelihara = RM 20). bayangkan kalau dah 8 ekor.. tak ke dekat RM200? ahaha.. korang diam-diam tau… :P . Tapi aku x kisah sangat bab nak kena kompaun tu.. janji aku bahagia.. malam-malam dengar bunyi anak kucing rasa tenang sangat.. tengok 4 ekor anak kucing yang belum bukak mata tu ,menyusu.. rasa cam best sangat.. tambah plak kucing oren yang ku gelar IBU macam suka je dengan ikan-ikan aku.. takde plak dia kaco2…

Anyway, hari ni… Kucing aku dah takde.. IBU dah bawak lari anak-anak dia.. Anak-anak kucing tu baru jer bukak mata 3 hari lepas.. now, dah hilang.. padan dengan muka aku sebab selalu sangat dok kaco anak dia.. wahahhaaa… aku x dapat tahan keinginan untuk main anak2 kucing tu.. siap bawak tido atas katil lagik.. Kittens tu pon cam suka jer kat aku… kalau dengan aku tak jerit2 pun… ahaha.. gamaknyer IBU jeles kat aku kot..

So, hari ni aku merindui anak-anak kucing tu.. dah ler aku ni dah lama x bela kucing.. Last sekali before masuk matriks dulu.. pastu kucing yang aku bela larikan diri dari umah sebab rindukan aku… (betol ni.. bukan memain)…. Hmm.. nanti ada rezki, aku bela lagi kucing.. biar penuh rumah aku..

p/s: Fred ada 4 ekor anak arnab… aku ada 4 ekor anak kucing.. ingat nak kawinkan derang.. tapi anak kucing aku dah hilang plak.. adeh..( bleh ker kawinkan arnab dengan kucing?) ahahhaha.. :P

Bookmark and Share

~::Hotaru No Haka ::~

September 26th, 2005 by marinisa

Hmm.. Index Aku sangatlah addicted to citer cartoon ni.. Cartoon yang x macam citer cartoon lain… x macam spongebob squarepant(euuyuck!-sorry kat penggemar menatang alah ni.. aku mmmg x suka!!!!)..

Hotaru no haka @ Grave of the fireflies @ Thombstone of the fireflies adalah sebuah cartoon yang punya jiwa.. ini filem anime Hayao Miyazaki kedua aku tonton selepas Spirited Away.. But sebenarnya Hotaru No Haka ni yang muncul dulu..

So, sapa yang x pernah tgk lagi citer ni, bleh dapatkan maklumat dari internet or cari di kedai2 CD nak-nak lagi Kedai CD anime yang byk kat Komplek KOTARAYA yang dekat dengan Hentian Puduraya.. Percayalah, korang x akan regret.. Aku tengok sampai nangis tersedu sedan.. ahahha… Kengkawan aku pun sama.. Chubby, Mc Yah, Aning…(sapa lagi arr yang tonton dengan kiter 2 tahun lepas..?)

p/s: Comel kan budak kecik tu…? Aku dah pasangkan video triller Hotaru No Haka kat profile aku.. korang tgk arr.. Background Music pon aku dah tukar.. pasang speaker tau!

Bookmark and Share

~:: Hmm.. Apa masalahnya lagik..? ::~

September 26th, 2005 by marinisa

Aku tak paham betul dengan "KAWAN".. Apa lagi yang tidak KAWAN senangi? Semua kesalahan KAWAN sandarkan pada bahu aku..? Kenapa? KAWAN disisihkan.. maka salah aku kah itu?  KAWAN .. berpijaklah pada bumi nyata.. perlukah aku mencanangkan pada seluruh dunia bahawa aku ini sorang mangsa…? Cuba KAWAN cari pada siapakah pernah aku burukkan nama kawan… Bercakap berdasarkan bukti… Jangan sekadar semborono.. Jika benar KAWAN marah.. Marah lagi diri ini… Hmm… Dah pernah aku kata satu masa dulu… AKULAH YANG JAHAT.. Jika itu sebenarnya yang mahu KAWAN dengar…

Masihkah kau belum puas hati..?

p/s: Jangan KAWAN ingat seluruh pemerhati kisah kita adalah bodoh. Mereka tahu menilai siapa yang jujur, siapa tidak… Dan fikirkanlah mungkin sekarang kebenaran mula terbongkar.. Siapa yang menerima balasan mungkin adalah dia yang bersalah… Masihkah KAWAN belum nampak hal itu..?

Bookmark and Share

~:: Special tip ::~

September 25th, 2005 by marinisa

hmm.. dah 2 orang tegor profile friendster aku.. Darna kata best sebab dah ada lagu.. Nadia kata dia jeles.. ahahha.. meh ni aku nak bagi tip agar friendster profile korang pon bleh ada background lagu gak.. plus ada background image sekali..

  1. korang cari lagu/image punya site.. copy url untuk lagu/image yang korang berkenan.
  2. masuk edit profile
  3. masuk customize
  4. dalam kotak add music and video to yor profile… taipkan: <script language="JavaScript" <br> <bgsound src="http://209.197.89.57/19580222/pop/backstreetboys/I_Need_You_Tonight.mid" autostart="true" loop="-1"><br> </script> …. url tu ganti dengan url lagu yg korang suka
  5. dalam kotak advanced user plak… taipkan : <style type="text/css">body { background-image: url(http://images.google.com.my/images?q=tbn:Pe7ANaiZJ7sJ:http://www.angelfire.com/ca6/kissig/lilywhite.jpg);
    color: #FFFFFF; background-color: #808080;
    background-repeat: repeat; }</style>  ….
    pun sama.. gantikan url image dgn url image korang sker..

Selamat mencuba kawan-kawan.. ini sekadar tip ala-ala programming bodoh-bodoh yang aku bleh tolong…

p/s: aku pon bodoh gak dlm programming ni sebenarnya.. aahhhaha…

Bookmark and Share

~:: Catur Hidup ::~

September 24th, 2005 by marinisa

120mar0420defelice20reflections20of20bob_1 Hidup ibarat catur.. Digerakkan oleh kita namun yang mengawalnya adalah Dia yang berkuasa.. Kita tak berupaya menduga apa yang akan berlaku dalam setiap langkah yang kita aturkan. Mungkin pada kita langkahan ini akan membawa kemenangan atau lebih menjamin keselamatan.. Namun terkadang ada saja bahaya yang tidak kita sedari.. Bahaya yang kengkadang boleh membunuh keseluruhan perjalanan kehidupan yang kita rancangkan…

Catur… ada ketika..juga tanpa kita sedari, kita telah membuat langkahan yang membawa kemenangan.. Dengan secara tiba-tiba.. pihak lawan dah kalah di tangan kita.. Kenapa kita menang sedangkan kita tidak merancangnya…? Inilah yang dinamakan Qada’ dan Qadar… Tak semua perkara di bawah perancangan.. Ada kala sesetengah perkara harus dibiar mengalir mengikut arus.. seperti ikan kecil yang berenang mengikut arus sungai… Ada untung, ke laut juga nanti..

Hmm.. mungkin hidup aku seperti ikan kecil.. atau mungkin juga aku adalah pemain catur kehidupan yang sesuka hati mengatur langkah tanpa banyak berfikir..Aku bersyukur sebab langkahan aku selama ini belum lagi pernah membawa kepada "check mate".. Nauzubillah.. cukuplah jika sekadar yang tumbang adalah askar kecil atau sehabis teruk hanyalah kuda-kuda aku….

pernah aku terdengar kata-kata dari Barat..

"Lelaki sejati adalah lelaki yang berjaya merancang langkahan catur hidupnya"

pada aku…

”Lelaki sejati adalah lelaki bermain catur hidup mengikut naluri hatinya namun dia berupaya mengharungi keadaan bahaya dengan caranya tersendiri…. Lastly, mungkin dia berdiri sama tinggi dengan lelaki yang bertindak sebagai perancang  gerak catur seperti dlm madah barat itu…” – di sini rasanya siapa yang lebih hebat..?

Maka aku tak penah kisah dari mana datang kawan-kawan aku…dari majunya Kota bernama Kuala Lumpur, juga dari nun ceruknya kawasan bernama Tambuh, Sarawak(masih tiada api dan air) atau juga dari Pakistan(ahahaa… Sorry Rafi..)…. teman aku terdiri dari Pensyarah, Cikgu, bekas penagih dadah, bekas pelumba haram, tukang cuci banggunan, tukang jahit, tukang iron baju, Isteri Pengetua Kolej, Business Sales Executive, pelakon, tukang bancuh air(ehehehe..), driver, posmen, malah sesiapa saja…. dari anak-anak berumur 12 tahun hingga Prof. Madya berumur 55 tahun…. Tak perlu rasa diri terlalu kecil untuk berkawan dengan aku.. atau juga jangan terlalu bongkak ketika berbicara dengan aku(pretend to be the best one)… Anggap saja aku adalah satu jasad vacum tanpa pangkat  dan tanpa umur…  bebas untuk kalian lampiaskan rasa sebenar hati kalian….

Sebagai tambahan…..

Hasmalina Hamzah(As) bagi komen: ”Blog Kak Marini mengisi kekosongan jiwa saya.. Penuh warna-warni seni….  Bukan warna-warni seperti yang dilihat pada mata kasar… ianya adalah seni yang hanya boleh diungkai dengan luahan perasaan dan tafsiran yang mendalam….”

Aku bertanya..: ”As suka tak blog kak marini? Atau ianya hanyalah menyesakkan pandangan?” (sebenarnya aku x berapa nak paham pun dgn komen dari As tu…ahahahaha…sorry As ek….)

As jawab..: ”Suka sangat….(sambil tersenyum) Giler punya best… !!”   ( aku senyum sambil mengawal keluasan lobang idung aku…)

p/s: Entry aku kali ni dah macam rojak aku rasa.. mula cakap pasai catur, pastu masuk bab anak ikan ikut arus, pastu masuk bab aku dan dunia persahabatan aku.. lastly pasai komen sorang junior aku plak.. Korang ada paham ka..?

Bookmark and Share